Tuesday, April 28, 2009

MaRaTHoN DaY

Kalau melihat tajuk entri kat atas nun,mesti semua orang akan ingat aku telah menyertai satu pertandingan larian yang memerlukan aku berlari sejauh 3km(ye ke marathon kene lari 3km?)erm...aku agak-agak je la kan...klu salah pun "ADE AKUKESAH"hehehehehehe...sebenarnya maksud entri di atas langsung tiada kaitan dengan sebarang aktiviti sukan atau aktiviti mengeluarkn peluh..ianya adalah aktiviti 'sihat' yang agak kerap dilakukan oleh aku dah osmates2 ku....dan aktiviti ini hanya akan berjaya apabila kami mempunyai 3 perkara UTAMA iaitu DUIT yang mencukupi,MASA yang agak lapang dan MINAT yang mendalam...jika salah satu nya tiada,maka aktiviti marathon ini tidak akan berhasil walau mendapat influence dari menteri besar zimbabwe..mm?aku sudah mula tersasar dari tujuan asal...okey2 aktiviti yang dimaksudkn adalah MENONTON WAYANG atau dengan bahasa remaja zaman sekarang TENGOK MOVIE...yaa....ini la marathon yang aku maksudkan...dan kenapa ianya dikatakan marathon??kerana KAMI akan menonton 2 atau 3 movie sekaligus dalam masa 1hari...yaa.....dalam masa 1HARI sahaja...percaya atau tidak?BELI saja TIKET itu....(cam BOLOS la plak) pada hari kejadian (AHAD) kami telah sepakat untuk menonton 2 wayang sekaligus.....filem yang bernasib baik adalah "THE UNINVITED"dan "FRIDAY THE 13th" setelah tiket dibeli,kami bergegas naik kerana filem pertama telah bermula 15 minit yang lalu...satu pengalaman yang agak unik kerana kami tidak pernah masuk lambat kalau nak tengok movie,maka terjadilah insiden terbongkok2,meredah keadaan gelap gulita mencari seat yang mengkonpiuskan...huhuhu..naseb xkene sound..kalau x malu je...setelah menjumpai seat yang empunya,sangkaan kami tiada lagi insiden memalukan akan timbul...tetapi sangkaan meleset...kejadian lebih memalukan berlaku...oleh kerana jalan cerita yang agak suspen dan memeranjatkan,kami sering terkejut dan menjerit kecemasan....agak memalukan dengan orang2 sekeliling....(terasa nk sorok muke bawah kerusi je)huhuhuhuhu....xpe2....selesai filem pertama,muncul filem kedua...filem ini memang sudah di jangka ke'ngeriannye' jadi memang sudah siap sedia untuk merasa takut...dan ternyata,memang takut dan suspen tahap melampau...menjerit sampai rase nk tercabut kerusi dek melompat-lompat (over excited,takut psycho killer tue nk bunuh budak pompuan 2)huhuhuhuhu....cuma kali ini tidak berapa malu,sebabnya orang di kiri dan kanan juga begitu...hehehehehe.....ternyata,perempuan kalau tengok cerita seram+cerita hantu+cerita suspend mesti akan jerit...kalau tak jerit,tak sah....hahahahahahahahaha....

(BeRsaMa GeNg MaRAThoN A.K.A my OsMaTe's)

No comments:

Post a Comment